h1

Aktiviti Pkg

23-24 Januari 2008

Bengkel  Oraclethink.com 

  • Pusat Kegiatan Guru Daerah Alor Gajah telah menganjurkan bengkel Oraclethink.com. Bengkel tersebut telah dijalankan di bilik Makmal Komputer SK Lendu. Seramai hampir 30 orang peserta guru terlibat telah mengikuti bengkel tersebut. Selain Pegawai Teknologi Pendidikan sebagai fasilitator, En Mah Heng Poi, guru SMK Dato ‘ Dol Said juga bertindak sebagai fasilitator.

 21 Januari 2008

  Mesyuarat bersama PPD dan Guru Cemerlang Daerah Alor Gajah 

  • Satu mesyuarat bersama PKG Daerah Alor Gajah dengan PPD Alor Gajah serta Guru Cemerlang telah diadakan di PPD Alor Gajah. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan tentang peranan yang boleh diberikan oleh Guru Cemerlang dan PKG bagi membantu meningkatkan prestasi akademik/peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.   Mesyuarat di pengerusikan oleh En. Zorkarnini Abd Ghani, Unit Sains dan Matematik PPD Alor Gajah. Semoga    pemuafakatan bersama ini akan dapat membantu dalam peningkatan akademik/peperiksaan sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah. “Muafakat membawa Berkat’.

 16 Januari 2008

  • Taklimat PROTIM untuk guru-guru sains tahun 4 sekolah rendah kawasan Masjid Tanah telah diadakan di PKG Masjid Tanah. Taklimat dijalankan oleh PPD Alor Gajah dan Unit Sains Matematik Jabatan Pelajaran Melaka (JPM). Taklimat dikendalikan oleh Encik Zorkanini, Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah serta Encik Salleh Sawabi,Pegawai Unit Sains dan Matematik JPN Melaka. Seramai lebih kurang 30 orang guru terlibat dalam taklimat tersebut.

9 Januari 2008

  • Mesyuarat Perancangan Strategik PKG Daerah Alor Gajah telah diadakan di PKG Pengkalan Balak. Mesyuarat bertujuan merangka perancangan strategik mengikut sasaran kerja utama PKG 2008. Disamping itu, mesyuarat juga merangka takwim PKG Daerah Alor Gajah dan Takwim PKG masing-masing. Seramai 5 orang ketua PKG Daerah Alor Gajah terlibat dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat juga turut dihadiri Tuan Haji Abdul Kadir Zainal, Pegawai Unit PKG BTPN Melaka.

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: