h1

Selamat Datang ke Laman Web Pkg Masjid Tanah

January 15, 2008

Pkg (6) Masjid Tanah merupakan salah sebuah daripada 367 buah PKG yang terdapat di Malaysia dan diantara 16 buah PKG yang terdapat di negeri Melaka.

Ditubuhkan pada tahun 1986, ketika itu dikenali sebagai PSPD ( Pusat Sumber Pendidikan Daerah) dimana keahliannya diantara sekolah rendah sahaja.run_pastel_icon1.jpg

Kedudukannya di tengah-tengah kelompok 20 buah sekolah ahli memudahkan sekolah-sekolah tersebut berhubung dan mendapatkan kemudahan daripada PKG Masjid Tanah adalah seperti berikut:- Buka Laman Sekolah Ahli 🙂

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari
h1

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H/2008M

January 14, 2008

logomaalhijrah4cx.jpg          Selamat Menyambut awal Muharram daripada kami warga PKG Masjid Tanah kepada semua warga guru, BTPN dan rakan seperjuangan yang lain. Semoga dengan tema tahun ini ‘ Menjana Ummah Gemilang” memotivasikan tekad kita pada tahun ini untuk bekerja sambil beribaah dengan lebih gigih lagi.

Salam Maal Hijrah daripada kami PKG Masjid Tanah.

h1

Di Mana Sharlinie?

January 13, 2008

 poster_cari_sharlinie1.jpg

       Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Download poster di sini dan tampal dikawasan anda.