h1

Peranan PKG

VISI PKG

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikandi setiap sekolah.

 

MISI PKG

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

Objektif PKG

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam Teknologi Pendidikan.
  2. Mengumpul dan menyebar maklumat professional pendidikan, khususnya dalam Teknopen ke sekolah-sekolah.
  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam Teknologi Maklumat.
  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU

  1. Mengurus dan mentadbir Pusat Kegiatan Guru (PKG).
  2. Melaksanakan, menilai program dan latihan Teknologi Pendidikan.
  3. Memantau penggunaan penyelesaian bersepadu Sekolah Bestari di sekolah-sekolah setempat.
  4. Menyelaras program dan latihan Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari dan Pusat Sumber Sekolah.
  5. Memudah cara program pengurusan perubahan pendidikan bestari di sekolah-sekolah setempat.
  6. Menghasil bahan pengajaran dan pembelajaran.
  7. Memberi khidmat Bantu Teknologi Pendidikan.
  8. Mengurus data dan maklumat aktiviti PKG, kakitangan sumber (KS), Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan sekolah setempat
%d bloggers like this: